Banner
Banner
MENGAMATI ERTI MERDEKA
BAHAGIAN 01

 

BAHAGIAN 02
 
BAHAGIAN 03
 

WAKTU SOLAT

Indeks Artikel
Sejarah
ringkasan
Semua Halaman

 SEJARAH 

 

SEJARAH PEMBINAAN

  • Merupakan masjid terbesar dan terunggul di Malaysia dan di Asia Tenggara. Masjid berkubah biru ini dibina di atas kawasan seluas 14.6 hektar di pusat bandar Shah Alam.
  • Masjid yang juga dikenali sebagai "masjid biru" di kalangan pelancong ini, mempunyai ciri-ciri senibina yang menarik dengan hiasan dalamannya yang menakjubkan.
  • Masjid ini berdiri megah dengan lanskapnya yang indah dan terletak di sebahagian Tasik Shah Alam iaitu Tasik Raja Lumu yang  memisahkan Masjid ini dengan Pusat Sivik Shah Alam.
  • Masjid Negeri ini melambangkan kebesaran Islam dan kepentingan agama sebagai agama rasmi di Malaysia. Ia boleh memuatkan 16,000 jemaah pada satu masa dengan kemudahan-kemudahan  seperti dewan kuliah, dewan seminar, perpustakaan, kelas-kelas bimbingan agama serta sebuah dewan yang luas untuk upacara akad nikah serta ruang mengambil wuduk yang canggih.

 

 

LAMBANG KEAGUNGAN ISLAM

  • Masjid Negeri Selangor yang dikenali sebagai Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, merupakan salah satu lambang yang menyemarakkan keagungan agama Islam dan kedaulatan penganut Islam di Malaysia. Acara perasmiannya pada 11 Mac 1988, bersamaan dengan 23 Rejab 1408 Hijrah yang telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia, Sultan Selangor Darul Ehsan telah menempa sejarah bukan sahaja kepada DYMM Sultan, tetapi juga kepada rakyat Selangor seluruhnya. Sebagai Ketua Agama, DYMM Sultan telah mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w dengan mengilhamkan pembinaan masjid ini. Masjid Negeri Selangor, pada masa kini merupakan masjid yang terbesar di Asian Tenggara. Berupaya untuk menampung 24000 orang jemaah .Dengan menggabungkan seni bina Islam dan Melayu, masjid ini terdiri daripada tiga tingkat. Pejabat, bilik persidangan, bilik menyambut tamu dan bilik kuliah terletak di tingkat bawah, dewan solat utama di tingkat satu, dan galeri di tingkat dua.

 



 

ADAB KETIKA PERGI KE MASJID 

 

ADAB KETIKA PERGI

1.       Memakai pakaian yang menutup aurat

2.       Memakai wangi-wangian bagi kaum lelaki ( al a’raf :31 )

 

ADAB KETIKA MASUK

1.       Masuk ke masjid dengan memulakan langkah kanan 

2.       Berdoa ketika masuk

أَعُوذُ بِاللهِ الْعَظِيمِ وَبِوَجْهِهِ الْكَرِيْمِ وَسُلطَانِهِ القَدِيمِ مِن الشَّيطَانِ الرَّجِيمِ ، اَللّهُمَّ اغْفِر لِي ذُنُوبِي وَافْتَح لِي أَبوَابَ رَحمَتِكَ

Aku berlindung dengan Allah yang maha besar dan dengan wajahnya yang mulia dan kekuasaanNya yang Qodim daripada gangguan syaitan yang direjam. Ya Allah ! ampinilah bagiku akan dosa-dosaku dan bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmatMu

3.       Memberikan salam kepada sesiapa yang berada di masjid 

4.       dan keluar dengan langkah kiri serta berdoa sebagaimana yang di lakukan oleh Ibn Umar r.a. Daripada Aisyah r.a, ( riwayat Muslim ) sabda rasulullah saw :

إذا دخل أحدكم المسجد، فليقل: اللهم افتح لي أبواب رحمتك، وإذا خرج، فليقل: اللهم إني أسألك من فضلك

Maksudnya : “ Apabila salah seorang kamu memasuki masjid maka hendaklah ia berkata : Ya Allah bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmatMu. Dan apabila keluar hendaklah ia berkata : Ya Allah sesungguhnya aku memohon limpahan rahmatMu”


Baca Lagi...
Hakcipta terpelihara © 2009 Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah