Banner
Banner
MENGAMATI ERTI MERDEKA
BAHAGIAN 01

 

BAHAGIAN 02
 
BAHAGIAN 03
 

WAKTU SOLAT

IMAM BESAR

 

S.F. Ustaz Ahmad Mustafa b. Mohd Sidin

 (Ketua Semua Unit)

TUGAS IMAM

(Ketua Imam)

 

  1. Menjadi ketua kepada semua Imam, bilal dan noja (siak) dan semua unit Masjid Negeri..
  2. Menjadi Imam dan membaca khutbah mengikut Jadual yang ditetapkan.
  3. Mempengerusi Mesyuarat Kakitangan Masjid Negeri.
  4. Mentadbir dan menguruskan Masjid Negeri.
  5. Membaca doa Majlis Rasmi dan jemputan keagamaan Islam.
  6. Mengurus dan memantau pentadbiran kewangan Masjid Negeri.
  7. Memberi khidmat nasihat kepada anak qariah.
  8. Memantau perancangan dan perlaksanaan aktiviti di Masjid Negeri.
  9. Memantau kerja-kerja penyelenggaraan Masjid Negeri oleh kontraktor penyelenggaraan.
  10. Memberi ceramah / kuliah pengajian bagi aktiviti Masjid Negeri serta jemputan luar apabila mendapat arahan dari Pengarah JAIS.
  11. Menghadiri Mesyuarat MAIS dan Mesyuarat Pegawai Kanan.
  12. Mengadakan Mesyuarat Lembaga Tadbir Masjid.
  13. Memantau pergerakan kakitangan pejabat.
  14. Memastikan kakitangan Masjid Negeri mematuhi segala arahan dan peraturan sedia ada.
  15. Menjadi Ahli Panel penulisan teks khutbah Jumaat JAIS.
  16. Memantau penggunaan kemudahan Masjid Negeri oleh pihak luar.
  17. Mengetuai penyambut tetamu VVIP.
  18. Lain-lain arahan daripada Pengarah JAIS dari masa ke semasa.

 

 

PERASMIAN LAMAN WEB BARU MSSAAS

 

Pada Sabtu, 8 Ogos 2009 yang lepas, laman web rasmi Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah selamat dirasmikan oleh YB Dato' Dr Hassan Mohd Ali (Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor) diiringi Imam Besar MSSAAS S.F.Ustaz Ahmad Mustafa b. Mohd Sidin. Perasmian telah dijalankan di dewan solat bawah MSSAAS sejurus selepas solat isyak berjemaah.

 

Sebelum ini, laman web Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah beralamat mssaas.jais.gov.my yang mana pengkalan datanya dikongsi dengan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor. Kini , Masjid Sultan Salahuddin telah memiliki pengkalan data sendiri dan beralamat baru iaitu www.mssaas.gov.my.

Para pengunjung laman web yang baru ini boleh memuat turun tentang jadual pengajian Masjid Negeri yang terkini. Selain itu, pengunjung turut boleh mendapatkan borang-borang, informasi terkini tentang masjid dan perkhidmatan disediakan di Masjid Negeri.

Unit Informasi dan ICT Masjid Negeri juga sedang membangunan satu bahagian soal jawab dan kemusykilan tentang Islam yang akan dijawab oleh Imam-Imam masjid negeri. Selain itu, di bahagian ini pihak Masjid Negeri memberi peluang kepada pengunjung laman web ini untuk berkongsi pendapat serta menambah ilmu pengetahuan mereka berkaitan topik yang dibincangkan. 

Hakcipta terpelihara © 2009 Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah